Jumaat, 14 Disember 2012

Unit 17 : Rakan Karib

Mari baca dan Catat Maklumat


                              Anas


Nama saya Anas. Saya berumur tujuh tahun Saya tinggal di Taman Melati.


Makanan kegemaran saya ialah karipap.


               Saya suka minum air laici.



Saya suka akan warna biru


Pada masa lapang saya suka mengumpul poskad.


Saya bercita-cita untuk menjadi doktor.


Rakan Anas


Nama rakan karib saya ialah Tawi. Umur Tawi tujuh tahun. Dia tinggal di Taman Melati.


Dia suka makan ayam goreng.


Minuman kegemarannya pula ialah air koko panas.



Tawi gemar akan warna merah.



Pada masa lapang, dia suka bermain badminton.




Dia bercita-cita ingin menjadi jurutera.


  • Minta murid membaca maklumat tentang Anas dan Tawi.
  • Minta murid mengelaskan maklumat tentang umur, tempat tinggal, hobi, cita-cita dan sebagainya tentang Anas dan Tawi dalam buku tulis.
   #    Minta murid mengelaskan maklumat rakan dalam kelas.






  

1 ulasan: