Jumaat, 14 Disember 2012

Unit 17 : Rakan Karib

Mari baca dan Catat Maklumat


                              Anas


Nama saya Anas. Saya berumur tujuh tahun Saya tinggal di Taman Melati.


Makanan kegemaran saya ialah karipap.


               Saya suka minum air laici.



Saya suka akan warna biru


Pada masa lapang saya suka mengumpul poskad.


Saya bercita-cita untuk menjadi doktor.


Rakan Anas


Nama rakan karib saya ialah Tawi. Umur Tawi tujuh tahun. Dia tinggal di Taman Melati.


Dia suka makan ayam goreng.


Minuman kegemarannya pula ialah air koko panas.



Tawi gemar akan warna merah.



Pada masa lapang, dia suka bermain badminton.




Dia bercita-cita ingin menjadi jurutera.


  • Minta murid membaca maklumat tentang Anas dan Tawi.
  • Minta murid mengelaskan maklumat tentang umur, tempat tinggal, hobi, cita-cita dan sebagainya tentang Anas dan Tawi dalam buku tulis.
   #    Minta murid mengelaskan maklumat rakan dalam kelas.






  

Khamis, 13 Disember 2012

Unit 16: Taman Kita

Mari Berlakon
                   
                        Sama-sama Hebat






: Matahari,lihatlah badanku yang merah. Taman ini tidak akan cantik tanpa aku.
  



             : Jangan terlalu angkuh, Mawar. Aku   
               hebat seperti kamu juga. Badan aku 
               cantik juga.







 : Badan kamu memang cantik, Matahari. Kamu tidak boleh melawan bauku yang 
harum.



              


: Cuba kamu lihat badanku yang besar dan kelopakku yang kuning ini. Aku kelihatan amat berseri di taman ini  
                




: Mawar, Matahari, jangan bergaduh. Kamu berdua memang cantik. Taman ini telah menang dalam pertandingan taman tercantik kerana kamu berdua.




  • Minta murid mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas serta menggunakan bahasa badan dengan kreatif.
  • Minta murid menyatakan perkataan yang seerti dengan perkataan yang dicetak  dengan arna biru.
     #  Minta murid menyatakan watak yang digemarinya dan menjelaskan sebabnya.

Selasa, 11 Disember 2012

Unit 15: Berhati-hati di Jalan Raya

Bacaan Luas


                                   Aku Sebuah Basikal




     Namaku Juara. Aku berwarna ungu. Aku diperbuat daripada besi yang bermutu tinggi. Tubuhku kuat dan lasak.
       Aku tinggal bersama-sama keluarga Anas di Taman Melati. Anas ialah tuan aku. Anas menjagaku dengan baik. Dia menunggang aku dengan cermat dan berhati-hati.
      Aku membawa Anas ke kedai. Aku juga selalu membawa Anas ke taman untuk bersiar-siar dan bersenam. Badan Anas akan berpeluh setiap kali dia mengayuh aku.
      Aku berjanji akan menjalankan tugasku dengan baik. Aku mahu Anas  sentiasa gembira. Aku akan membawa Anas ke mana-mana sahaja dia ingin pergi.
        Anas sangat sayang akan aku. Aku juga sayang akan Anas. Aku sentiasa di sisi Anas apabila diperlukan.


  • Minta murid membaca dan memahami cerita untuk memperkaya kosa kata.
  • Minta murid menyenaraikan perkataan yang dicetak dengan warna biru di dalam buku tulis.

Unit 15: Berhati-hati di Jalan Raya

Kata Adjektif


               

Anas menunggang basikal dengan berhati-hati. Dia nampak lampu isyarat di simpang empat. Warnanya merah, kuning dan hijau.


Lampu kuning menyala. Anas bersedia untuk berhenti. Apabila lampu merah menyala, Anas berhenti. Anas mengayuh basikal apabila lampu hijau menyala.



Hijau, kuning dan merah ialah kata adjektif warna.

  • Minta murid menyebut warna yang terdapat pada lampu isyarat dan warna-warna lain berdasarkan gambar.
  • Guru menyebut frasa yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan teks dan minta murid menulisnya dalam buku tulis.
     *   Minta murid menyebut warna-warna yang diketahui oleh mereka.


Khamis, 6 Disember 2012

Unit 13: Berhati-hati Kawan


Mari Tulis





Saya berada di tempat yang tinggi.
Saya melindungi kamu daripada hujan 
dan panas matahari. Siapa saya?


Badan saya panjang.
Air mengalir melalui saya.
Cuba teka siapa saya?

Waktu siang saya dibuka. Waktu malam saya ditutup. Siapa saya?

Saya tinggi. Badan saya bertingkat-tingkat. Cuba teka siapa saya?


  • Minta murid membaca teka-teki dengan intonasi yang betul dan bimbing murid mencari jawapannya.
  • Bimbing murid membina perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung berdasarkan gambar dan menulisnya dalam buku teks.
  • Minta murid menulis perkataan lain yang diketahui oleh mereka.




Lagu Patriotik - Terima Kasih Malaysia

Isnin, 3 Disember 2012

Unit 11: Simpan dengan Selamat

Mari Baca dan Ceritakan








Huda sedang makan.
Gelas Huda terjatuh.










Gelas itu pecah.
Huda beritahu ayah.









Ayah kutip kaca gelas itu.
Ayah kutip kaca guna sarung tangan.









Ayah buang kaca ke dalam tong sampah. Tong sampah itu berwarna hijau.



  • Bimbing murid membaca ayat tunggal dengan sebutan dan intonasi yang betul.
  • Minta murid bercerita tentang gambar.
  • Minta murid menulis ayat tunggal yang dipilih oleh guru dalam buku tulis.

Unit 10: Makanan Berzat

Mari Bercerita













Kulit saya berwarna jingga.
Kepala saya ada mahkota.
Rasa saya manis dan masam.
Siapa saya?









Kawan-kawan, siapa saya?
Saya ada banyak rambut.
Warna saya merah.
Rasa saya manis.











Isi saya keras.
Badan saya berwarna hijau.
Rasa saya sedap.
Cuba teka siapa saya.











Kenal saya?
Badan saya ada banyak duri.
Rasa isi saya enak.
Saya digelar raja buah.



  • Guru bercerita berdasarkan gambar, kemudian ,guru meminta murid pula bercerita.
  • Minta murid menulis perkataan yang sesuai dengan gambar dan melukis gambar buah-buahan dalam buku tulis.
  • Minta murid bercerita tentang buah-buahan yang disukai oleh mereka.

Unit 10: Makanan Berzat

Mari teliti Gambar dan Tulis

                              
                               Nasi

                                 
                                Roti



Jagung


Nanas



Betik


Anggur


Tomato


 Lobak


Kubis


Sawi


Daging


Ayam


Ikan


Ketam


Susu


Keju



Minyak masak



  • Minta murid menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan gambar.
  • Minta murid menulis perkataan tersebut dalam buku tulis.
  • Minta murid menulis perkataan lain yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup.



















                                   

Sabtu, 1 Disember 2012

Unit 9: Badan Cergas

Mari  Baca

                       Anas main hoki.


Tawi main bola tampar.


Ravin main badminton


Kok Meng main pingpong