Aku Sebuah Basikal
Namaku Juara. Aku berwarna ungu. Aku diperbuat daripada besi yang bermutu tinggi. Tubuhku kuat dan lasak.
Aku tinggal bersama-sama keluarga Anas di Taman Melati. Anas ialah tuan aku. Anas menjagaku dengan baik. Dia menunggang aku dengan cermat dan berhati-hati.
Aku membawa Anas ke kedai. Aku juga selalu membawa Anas ke taman untuk bersiar-siar dan bersenam. Badan Anas akan berpeluh setiap kali dia mengayuh aku.
Aku berjanji akan menjalankan tugasku dengan baik. Aku mahu Anas sentiasa gembira. Aku akan membawa Anas ke mana-mana sahaja dia ingin pergi.
Anas sangat sayang akan aku. Aku juga sayang akan Anas. Aku sentiasa di sisi Anas apabila diperlukan.
- Minta murid membaca dan memahami cerita untuk memperkaya kosa kata.
- Minta murid menyenaraikan perkataan yang dicetak dengan warna biru di dalam buku tulis.
Ilmu yang dapat dikongsikan bersama.
BalasPadam