Selasa, 11 Disember 2012

Unit 15: Berhati-hati di Jalan Raya

Kata Adjektif


               

Anas menunggang basikal dengan berhati-hati. Dia nampak lampu isyarat di simpang empat. Warnanya merah, kuning dan hijau.


Lampu kuning menyala. Anas bersedia untuk berhenti. Apabila lampu merah menyala, Anas berhenti. Anas mengayuh basikal apabila lampu hijau menyala.



Hijau, kuning dan merah ialah kata adjektif warna.

  • Minta murid menyebut warna yang terdapat pada lampu isyarat dan warna-warna lain berdasarkan gambar.
  • Guru menyebut frasa yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan teks dan minta murid menulisnya dalam buku tulis.
     *   Minta murid menyebut warna-warna yang diketahui oleh mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan